Nota ringkas dan mudah
Kandungan:-
1.Pendahuluan
2.Perakaunnan untuk tunai(bab1)
3.Perakaunan untuk penggajian(bab 2)
4.Perkongsian(bab 3)
5.Syarikat berhad(bab 4)
6.Kelab dan persatuan(bab 5)
7.Rekod tak lengkap(bab 6)
8.Pengenalan kepada perakaunan pengurusan(bab 7)
9.Maklumat untuk membuat keputusan(bab 8)
1.Pendahuluan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya Mohammad Azhar bin Uding merupakan bekas pelajar akaun di sekolah saya pada tahun 2016. Pada hari ini saya ingin berkongsi satu formula untuk memudahkan adik-adik mempelajari matapelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima ini. Ya,saya faham tahun ini merupakan tahun "workout and struggle" buat adik-adik untuk menghadapi SPM. Namun begitu, saya tidak menjanjikan bulan dan bintang untuk adik-adik kerana semua itu terletak pada usaha adik-adik sendiri untuk mendapatkannya. Sebelum saya meneruskan pembelajaran kita pada hari ini,marilah kita bersama-sama membaca doa peneran hati di bawah ini dan bagi yang belum Islam bolehlah bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.
ALLOHUMMA INNI AS ALUKA NAFSAAN BIKA MUTHMA-INNAH, TU'MINU BILIQOO-IKA WATARDHOO BI QODHOOIKA WATAQNA'U BI'ATHOOIKA
Ertinya :
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.
Amin amin Ya Rabbal Allamin, semoga segala urusan adik-adik dipermudahkan semasa proses pembelajaran ini. Adik-adik sekalian saya ingin menasihati adik-adik agar jangan sesekali melukai hari seorang guru kerana sekali adik-adik melukain hati mereka, ilmu yang adik-adik bawa itu tidak akan berkat selama-lamanya melainkan adik-adik meminta maaf dan memohon restu daripada mereka. Oleh itu, sabagai seorang murid kita haruslah sentiasa mengamalkan adab berguru semasa berada dalam kawasan sekolah dan selalulah berkomunikasi dengan mereka, tanyalah apa sahaja bahagian mana yang adik-adik tidak faham ketika mereka mengajar adik-adik kerana bak kata pepatah ada menyebut 'malu bertanya , sesat di jalan'. Itu sahaja daripada saya, mari kita teruskan ke pembelajaran kita.
2.Perakaunan untuk tunai
i.Penyata Penyesuaian Bank tanpa mengemaskini buku tunai
ii.Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini buku tunai
iii.Belanjawan Tunai
Sebelum kita meneruskan subtopik kita, terdapat beberapa formula yang boleh adik-adik aplikasikan dalam bab ini. Mari kita teliti satu demi satu formula di bawah ini:-
*CBK = Cek Belum Dikemukakan
*DBK = Deposit Belum Dikreditkan
Formula inilah yang bakal adik-adik gunakan dalam bab ini untuk mencari kedudukan KESILAPAN dan CEK TAK LAKU.
Formula yang berada dibawah itu adik-adik boleh gunakan semasa membuat Penyata Penyesuaian Bank(tanpa mengemaskini buku tunai) dan Buku Tunai(dengan mengemaskini buku tunai)
I. Penyata Penyesuaian Bank tanpa mengemaskini buku tunai
Beri Perhatian:-
a) Baki di Buku Tunai
-Baki mesti DEBIT
-Item yang berada dalam Buku Tunai mesti Cek Belum Dikemukakan(CBK)
-Mengambil item yang MEMPUNYAI perkataan CEK dalam buku tunai pada soalan.
b)Baki di Penyata Bank
-Baki mesti KREDIT
-Item yang berada dalam Penyata Bank mesti Deposit Belum Dikreditkan(DBK).
-Mengambil item yang TIDAK MEMPUNYAI perkataan CEK dalam buku tunai pada soalan.
Adik-adik bolehlah menggunakan formula ini untuk mengisi item-item dalam CBK dan DBK berdasarkan soalan.
Seterusnya mari kita lihat cara-cara menyelesaikan soalan dalam subtopik ini.
1. Baca soalan dengan teliti( take your time to read the question carefully) dan tafsir maklumat yang berada dalam MAKLUMAT TAMBAHAN.
2. Selesaikan MAKLUMAT TAMBAHAN dengan mengenalpasti Cek Tak Laku dan Kesilapan.
Guna formula dibawah ini:-
Untuk mengenalpasti kedudukan KESILAPAN.
Untuk mengenalpasti kedudukan CEK TAK LAKU.
3. Potong urusniaga yang sama. Potong urusniaga yang sama secara menyongsang. Kenalpasti juga urusniaga LAMA, kemudian potongkan.Untuk mengenalpasti urusniaga lama,rujuk no.cek dalam buku tunai. Jika no.cek dalam penyata bank tidak terletak di antara no.cek dalam buku tunai,maka itu adalah urusniaga lama.
4. Masukkan item yang belum dipotong itu tadi ke dalam penyata penyesuaian bank termasuk CEK TAK LAKU dan KESILAPAN. Mulakan dengan baki debit di buku tunai kerana soalan bermula dengan buku tunai.
*jika soalan bermula dengan buku tunai,maka mulakan dengan baki debit di buku tunai dalam penyata penyesuaian bank.
*jika soalan bermula dengan penyata bank,maka mulakan dengan baki kredit di penyata bank dalam penyata penyesuaian bank.
ii. Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini Buku Tunai.
Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini Buku Tunai ini sebenarnya sama sahaja dengan subtopik kita sebelum ini.Namun begitu, dalam subtopik ini kita akan mengemaskini dahulu buku tunai sebelum masuk kepada penyata penyesuaian bank.
Berikut adalah formulanya:-
*CTL = Cek Tak Laku
*K = Kesilapan
Beri Perhatian:-
a)Tarikh dalam buku tunai WAJIB ditulis.
b)Jika hendak membuat buku tunai sila rujuk item-item yang berada dalam penyata penyesuaian bank di soalan.
c)Jika hendak membuat penyata penyesuaian bank sila rujuk item-item yang berada dalam buku tunai di soalan.
d)Postkan baki h/b -> baki b/b di buku tunai ke dalam penyata penyesuaian bank sebagai baki debit di buku tunai.
Seterusnya mari kita lihat cara-cara menyelesaikan soalan dalam subtopik ini.
1) Seperti biasa , baca soalan dengan teliti dan fahami serta tafsirkan MAKLUMAT TAMBAHAN.
2) Selesaikan MAKLUMAT TAMBAHAN dengan mengenalpasti kedudukan Cek Tak Laku dan Kesilapan dengan menggunakan formula-formula ini:-
3) Potong urusniaga lama, untuk mengenalpasti urusniaga lama sila rujuk no.cek yang berada dalam buku tunai. Jika no.cek dalam penyata bank mempunyai tidak terletak diantara no.cek dalam buku tunai,maka itu adalah urusniaga lama.
4) Potong urusniaga yang sama.
5) Buat buku tunai.(SILA RUJUK ITEM YANG BERADA DALAM PENYATA BANK YANG BELUM DIPOTONG)
*Antara formula yang boleh digunakan untuk meletak item dalam buku tunai selain CEK TAK LAKU dan KESILAPAN:-
6) Buat penyata penyesuaian bank.(SILA RUJUK ITEM YANG BERADA DALAM BUKU TUNAI YANG BELUM DIPOTONG)
*Beri Perhatian
Dalam subtopik ini,untuk mengisi item dalam CBK dan DBK adik-adik perlulah mengenal pasti mana satu item CBK dan DBK dalam buku tunai dan tidak perlu menggunakan formula sebagai contoh:-
-CBK
Adik-adik perlu mengambil item yang MEMPUNYAI perkataan CEK dalam buku tunai dalam soalan.
-DBK
Adik-adik perlu mengambil item yang TIDAK MEMPUNYAI perkataan CEK dalam buku tunai dalam soalan.
III. Belanjawan Tunai
Dalam subtopik ini kita akan menerokai Belanjawan Tunai pula dimana Belanjawan Tunai ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
a)Belanjawan Tunai
b)Belanjawan Tunai dan Varians
a) Belanjawan Tunai
Berikut adalah format bagi Penyata Belanjawan Tunai:-
Jumlah Penerimaan - Jumlah Pembayaran = Lebihan/Kurangan
Baki b/b + Lebihan/Kurangan = Baki h/b
*Baki h/b hendaklah di postkan ke atas(baki b/b)
*Jika terdapat perkataan MEMULAKAN PERNIAGAAN dalam soalan, maka masukkan amaun yang diberi sebagai MODAL di bahagian PENERIMAAN.
*Jika perniagaan meneruskan perniagaan seperti biasa, maka masukkan amaun yanng diberi sebagai BAKI B/B seperti biasa.
a)Belanjawan Tunai dan Varians
Format:-
Untuk memasukkan amaun belanjawan, adik-adik perlulah mengambil jumlah nilai belanjawan tunai bagi 3 BULAN.
Untuk memasukkan amaun sebenar, kebiasaannya adik-adik hanya perlu salin sahaja dari soalan kecuali JUMLAH PENERIMAAN,JUMLAH PEMBAYARAN,LEBIHAN/KURANGAN dan BAKI H/B kerana semua yang terkecuali itu adik-adik perlu kira sendiri.
*S= sebenar
*B=belanjawan
Beri perhatian:-
Untuk nilai varians , nilai varians sentiasa positif walaupun nilainya negatif selepas dikira.